Sunday, 24 April 2016

SUBJEK : SAINS TAHUN 6 (BAHAN BUANGAN)



BAHAN BUANGAN

Setiap hari, kita membuang sisa makanan,beg plastik,tin minuman,kertas dan pelbagai bahan lain.  Tahukah kamu apakah maksud bahan buangan?





Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan.




Bahan buangan boleh dikategorikan mengikut jenis-jenisnya.





LOGAM

v  Bahan buangan seperti besi buruk,tin aluminium dan tin susu ialah contoh bahan buangan logam.

KERTAS

v Bahan seperti surat khabar lama,majalah dan kotak ialah bahan buangan jenis kertas.
KACA

v  Botol,balang serta peralatan kaca ialah contoh bahan buangan kaca.
PLASTIK

v  Bahan buangan plastik terdiri daripada bahan sintetik, pembungkus makanan, botol dan bekas yang diperbuat daripada plastik.






Sisa makanan dan kertas juga merupakan bahan buangan organik kerana berasal daripada haiwan dan tumbuhan


SISA MAKANAN
Sisa tulang, kulit buah-buahan, hampas sayuran serta makanan yang rosak ialah bahan buangan yang berasal  daripada makanan kita.


BAHAN KUMUH DAN TINJA

Bahan buangan yang disingkirkan daripada badan manusia dan haiwan seperti urin dan tinja ialah bahan buangan daripada jenis bahan kumuh dan tinja.


SISA TOKSIK

Sisa toksik ialah bahan buangan yang berasal daripada cecair kimia, bahan buangan industri serta sisa pertanian.  Botol aerosol, cecair pembasmi makhluk perosak, cecair bateri dan asap kenderaan juga dikategorikan sebagai bahan buangan sisa toksik.
BAHAN BUANGAN INDUSTRI
ASAP KENDERAAN
ASAP DARIPADA KILANG

SEMBURAN RACUN MAKHLUK PEROSAK













4 comments: